#Hiburan: Pelayaran GSF: Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel, Enam Kapal Dipintas

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal-kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi.

📌 06:59 Pagi (Waktu Malaysia)
Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan Sumud Nusantara Command Center (SNCC). Lapan daripadanya, termasuk penyanyi dan aktivis Zizi Kirana, disahkan telah ditahan oleh tentera Israel.

Advertisement

📌 05:48 Pagi (Waktu Malaysia)
Kerajaan Turkiye mengeluarkan kecaman keras terhadap Israel, menyifatkan tindakan memintas flotila bantuan sebagai “tindakan keganasan” yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta membahayakan nyawa orang awam.

Dalam kenyataan rasmi Kementerian Luar Turkiye, tindakan itu dianggap sebagai serangan terhadap aktivis aman yang membawa bekalan perubatan dan makanan untuk rakyat Gaza.

📌 Mesej Rakaman Aktivis Malaysia
Seorang aktivis Malaysia, Musa Nuwayri yang berada di kapal Alma, sempat merakam mesej terakhirnya sebelum ditahan.

Kerana jika kalian menonton video ini, bermakna saya Musa Nuwayri (Delegasi Malaysia) di Kapal Alma sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa,

📌 Maklumat Terkini
Media Israel, termasuk Channel 13, melaporkan sekurang-kurangnya enam kapal flotila bantuan telah dipintas setakat ini, termasuk kapal Alma. Sumber antarabangsa turut menyatakan lebih banyak pemintasan dijangka berlaku dalam masa terdekat.

📌 03:35 Pagi (Waktu Malaysia)
Rakaman audio yang dikongsikan Reuters mendedahkan arahan daripada tentera Israel (IDF) kepada peserta flotila supaya mengubah haluan kapal mereka sebelum insiden pemintasan berlaku.

Misi GSF yang disertai delegasi antarabangsa termasuk Malaysia, Turkiye, Eropah dan Asia Tenggara itu pada asalnya membawa pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang kini berdepan krisis berpanjangan akibat kepungan rejim Israel.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

GSF menghampiri red zon
2025-10-01 15:31:11

"Kami Menjangkakan Pemintasan & Serangan Isr*el Kemungkinan Berlaku Malam Ini" - Aktivis GSF

The post Pelayaran GSF: Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel, Enam Kapal Dipintas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments