Kelibat penyanyi Nubhan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang hari ini mencuri perhatian ramai apabila hadir bagi sebutan kes penceraian terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.41 pagi dengan berpakaian sut hitam lengkap sambil kelihatan tenang menghadapi prosiding berkenaan.
Ketika ditemui media, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu hanya memberi respon ringkas mengenai kehadirannya.
Saya cuma mengharapkan doa yang terbaik. Saya tak dapat beri jawapan buat masa sekarang.
Sebelum ini, dilaporkan Nubhan bakal ke Mahkamah Syariah Sepang bagi prosiding pengesahan lafaz cerai yang difailkannya terhadap Dr. Afifah Hidayah.
Sumber terdekat pasangan berkenaan memaklumkan bahawa permohonan pengesahan lafaz talak itu telah difailkan oleh Nubhan pada awal bulan lalu.
Untuk rekod, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata: Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Nubhan Dan Isteri Hadir Ke Mahkamah Syariah Sepang Untuk Sebutan Kes Penceraian, Mohon Doa Yang Terbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments