#Hiburan: Kena Ejek Macam Badak Air, Bekas Isteri Pelakon Buat Pembedahan Bariatrik Di Hospital Pulau Pinang – “Nak Lawan Bulian Ibu-Ibu Di Facebook”

DJ dan personaliti media sosial, Nathalie Holsher berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kesihatannya selepas sebulan menjalani pembedahan bariatrik di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Bekas isteri pelawak terkenal Sule itu meluahkan rasa puas hati apabila berat badannya menurun sebanyak lapan kilogram dalam tempoh sebulan selepas prosedur tersebut.

Advertisement

Sudah turun lapan kilogram. Alhamdulillah saya puas hati kerana baru sebulan buat bariatrik.

Menurut Nathalie, keputusannya untuk menjalani pembedahan itu bukan semata-mata demi penampilan, tetapi kerana sering menjadi mangsa body shaming dan ejekan di media sosial.

Saya potong usus kerana selalu dibuli. Ada yang kata badan saya macam badak air.

Jadi ia bukan hanya tentang menjaga penampilan tapi ‘melawan’ ejekan ‘ibu-ibu’ di Facebook.

Sejak menjalani pembedahan, Nathalie mengakui sangat berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan gaya hidup.

Pada awal selepas pembedahan, saya hanya mengambil makanan lembut seperti bubur dan hanya minum susu.

Tapi kini sudah boleh makan nasi atau makanan keras.

Sebelum ini, Nathalie pernah berkongsi tentang perjuangannya menurunkan berat badan dan kesan emosi akibat kritikan netizen mengenai bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak. Kini, dia dilihat semakin positif dan fokus terhadap perjalanan kesihatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah Wilson
2025-10-21 14:19:38

Zahnita 'Tarik Handbrake', Tak Jadi Tutup Kedai Bakeri Selepas Sehari Pengumuman - "Semalam Saya Burn Out"

The post Kena Ejek Macam Badak Air, Bekas Isteri Pelakon Buat Pembedahan Bariatrik Di Hospital Pulau Pinang – “Nak Lawan Bulian Ibu-Ibu Di Facebook” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments