Suasana di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bertukar tegang apabila suami kepada Ismanira Abdul Manaf, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, menjerit ke arah pegawai penyiasat sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap isterinya.
“Semoga kau dilaknat!” jerit Zaim dengan nada marah selepas hakim memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan mengabaikan anak autisme mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, dua tahun lalu.
Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan, Laungan ‘Allahuakbar’ Kedengaran Selepas Jatuh Hukum
Situasi kecoh itu menyebabkan beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkan Zaim sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah ke lokasi sidang media.
Ketegangan semakin memuncak apabila ibu kepada Zaim turut meluahkan kemarahan terhadap pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes.

“Puaslah kau, botak!” katanya dengan nada marah sebelum beredar meninggalkan kawasan mahkamah.
Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada faktor istimewa yang membolehkan permohonan itu diterima.
Kes melibatkan kematian Zayn Rayyan, 6, yang ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada 6 Disember 2023, terus menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang masih mengikuti perkembangan kes tragis itu. – Sinar Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Puaslah Kau Botak! Semoga Kau Dilaknat!” – Keluarga Zayn Rayyan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments