Pelakon Beego akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai selebriti lelaki dilihat menari di sebuah kelab malam sekitar Ogos lalu.
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, video yang tular itu sebenarnya bukan dirakam di kelab malam, sebaliknya di sebuah pusat karaoke eksklusif ketika menghadiri majlis hari jadi seorang rakan.
Saya memang tak pergi kelab malam, dah bertahun. Kalau nak tahu itu adalah video menghadiri majlis hari jadi di pusat karaoke eksklusif.
Saya bukan budak-budak nak pergi kelab malam, saya pergi pusat karaoke pun yang ‘high end’.
Bagi saya tak salah pun nak ke majlis hari jadi. Cuma saya minta kalau ada video saya dekat kelab, tunjukkan bukti.
Beego berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Rabu, ketika hadir bagi penetapan tarikh pengesahan lafaz taklik berkaitan kes rumah tangganya.
Jelas pelakon berusia 43 tahun itu lagi, sebagai individu yang sudah lama berada dalam industri hiburan, dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan lama.
Bila ada di antara mereka datang Kuala Lumpur dan buat majlis hari jadi anak-anak, saya rasa tak salah untuk hadir.
Kejadian dalam video itu dah lama, dah beberapa tahun lepas.
Terdahulu, sekitar Ogos lalu, tular laporan mengenai seorang aktor dan penyanyi yang dikatakan kerap berhibur di kelab malam, selain didakwa sedang berdepan masalah rumah tangga.
Spekulasi itu mengaitkan Beego selepas isterinya, Linda Hashim, memfailkan cerai pada awal Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa (11), Anggun Cassandra (10), dan Indah Camelia (6).
The post “Saya Dah Bertahun Tak Pergi..” – Beego Nafi Video Di ‘Club’, Hanya Hadiri Majlis Hari Jadi Teman Rapat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments