Sedia maklum, kehidupan rakyat Palestin sehingga ke hari ini masih dipenuhi dengan cabaran serta ujian tetapi mereka sama sekali tidak patah semangat atau menyerah demi pertahankan tanah air mereka.
‘Kenapa tetap melahirkan anak?’
Dapat dilihat dalam perkongsian video di platform TikTok, seorang individu wanita tertanya-tanya tentang kaum ibu di Palestin yang masih tetap melahirkan anak biarpun hadapi kehidupan darurat.
Katanya, tidak mudah untuk membesarkan anak dalam keadaan negara dihujani peluru.
Dulu, saya selalu tertanya-tanya, kenapa ibu Palestine tetap melahirkan anak tanpa henti walaupun mereka dalam keadaan darurat. Rumah tiada, hospital tiada, ubat tiada.
Anak-anak akan teruskan jihad
Namun begitu, selepas mendapat jawapan atas persoalannya itu, wanita terbabit tidak dapat menahan sebak dan sememangnya memberi kesan mendalam.
Alhamdulillah saya dah dapat jawapan daripada Ustazah Asma’. Para ibu di Palestin yakin bahawa anak-anak itu akan meneruskan jihad.
Jika mereka berhenti melahirkan, siapa yang akan meneruskan jihad untuk mempertahankan tanah Palestin.
Malah, wanita itu turut sempat meluahkan rasa kagum dengan kekuatan para ibu Palestin yang masih kekal hidup seperti biasa walaupun sering diserang oleh zionis.
The post (VIDEO) “Tidak Akan Berhenti Bersalin, Anak-Anak Itu Akan Meneruskan Jihad” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments