Ibu kepada pelakon Nelissa Nizam, Ayu Manaf tampil membuat pendedahan mengenai dakwaan anaknya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak dari kecil.
Ujar Ayu yang ditemui media tempoh hari, dia berasa terpanggil untuk membuat penafian tersebut kerana telah menerima banyak pertanyaan daripada ramai pihak.
Kenyataan yang mengatakan dia didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa.
Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu.
Dia dalam pada itu mengakui hubungannya bersama anak-anak renggang namun tidak mengetahui puncanya.
Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik tetapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya.
Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ni? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah.
Ayu juga berasa terkilan kerana anak-anak tidak menjenguknya ketika dia sakit dan di saat dia dimasukkan ke hospital.
Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan. Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar kita sakit.
Dengan siapa lagi kalau kita susah nak minta tolong kalau bukan dengan anak-anak. Tak mengapa saya tak marah, cuma mama doakan satu hari nanti korang akan ada suami dan anak-anak, korang tahulah kehidupan ini macam mana.
Sebelum ini, Nelissa mendedahkan dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil dan kini ingin fokus kepada kerjaya dan masa depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Sebenarnya Yang Didera Itu…” – Ibu Nelissa Nizam Buat Pendedahan, Akui Hubungan Dengan Anak Renggang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments