Pelakon dan suami kepada Rozita Che Wan, Zain Saidin tampil memberi respon berkenaan isu hutang RM1 juta dengan agensi MARA sebelum ini.
Kata Zain, mereka ada berusaha menyelesaian urusan dengan MARA di balik tabir tanpa mendedahkan kepada orang luar dan menyokong isterinya itu tanpa berbelah bahagi.
Sudah semestinya saya pernah ambil pinjaman dengan MARA. Ada yang kita lepas tangan itu tak tepat. Bila tak tepat, orang dengar dan percaya bulat-bulat dan serang kami sebab tak tahu cerita keseluruhan.
Saya tak boleh ceritakan semua sebab ini bukan hal saya. Sebagai suami, saya cuma beri sokongan mana yang mampu. Bukan hak saya untuk bercerita.
Ujarnya lagi, mereka memaafkan sesiapa yang menyerang dan mencaci mereka berkenaan isu itu.
Mana nak serang, silalah. Itu hak kalian, saya minta maaf andai tersalah kata.
Saya awal-awal lagi dah maafkan. Ada yang marah sampai salahkan kami kata anak mereka tidak dapat pinjaman punca daripada kami.
Tambah Zain, isterinya kini enggan menjawab panggilan pihak media kerana berkecil hati dengan apa yang terjadi.
Che Ta kecil hati sampai ‘block’ (sekat) semua orang yang buat panggilan telefon. Dia tak nak bercakap dengan mereka.
Terdahulu, kediaman Rozita Che Wan dilaporkan telah diserbu beberapa pegawai MARA gara-gara kegagalan pelakon itu melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Che Ta Kecil Hati Sampai ‘Block’ Semua Orang, Enggan Jawab Panggilan” – Zain Saidin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments