Sedia maklum, sejak beberapa bulan lalu, nama personaliti media sosial iaitu Cik Epal dan bekas suami menjadi perhatian selepas mereka disahkan cerai atas dakwaan Jofliam bermain kayu tinggi dengan staf perempuannya dikenali sebagai Dewi.
Cik Epal fail saman
Terbaru, Cik Epal enggan ‘berpatah balik’ dan telah memfailkan saman terhadap wanita terbabit Jumaat lalu biarpun sebelum ini pernah dua kali gagal untuk menyerahkan surat berkenaan.
Dua kali percubaan serahan minggu ini gagal tapi dah berjaya serahkan secara serahan tangan hari ini.
Dewi tak buat permohonan maaf
Kata bekas isteri Jofliam itu, dia sama sekali tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada Dewi dan disebabkan itu, dia memutuskan untuk ambil tindakan undang-undang.
Sebab tiada permohonan maaf yang masuk, aku samaniah saja lah. Kita jumpa di mahkamah nanti ye. Yang benar, Cik Epal, berdarah pahlawan.
Untuk info ramai, Cik Epal sendiri mengesahkan perkahwinan yang dibina selama 10 tahun bersama Jofliam sudah pun terlerai selepas mereka disahkan sah bercerai talak satu
The post Tiada Permohonan Maaf Daripada Dewi, Cik Epal Fail Saman – “Jumpa Di Mahkamah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments