Pelakon dan model, Zahnita Wilson berkata dia akhirnya dapat menarik nafas lega setelah polis bertindak menahan suaminya bagi siasatan keganasan rumah tangga.
Maklum Zahnita, dia kini sedang berada dalam proses menyiapkan dokumen bagi tujuan permohonan perceraian yang turut diuruskan peguamnya.
Kongsi Zahnita, dia bertahan dalam rumah tangga selama 20 tahun hanya disebabkan anak-anak kerana bimbang masalah perkahwinan bersama suaminya akan memberi kesan kepada mereka.
Selama ini saya bertahan sebab anak-anak, semuanya demi anak-anak. Apa yang jadi memang menganggu emosi anak-anak. Terutama anak perempuan saya, beri kesan kepada dia di sekolah.
Sebab itu saya masih bertahan, sebab saya takut keadaan anak-anak di sekolah, beri kesan kepada pelajaran mereka. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana.
Kata model itu, kehidupannya bersama seseorang yang mempunyai sikap narsistik bukanlah sesuatu yang mudah.
Saya bertahan demi anak tapi malangnya, makin teruk. Bukan mudah nak berdepan dengan orang narsistik. Memang susah untuk lari.
Hanya orang yang ada dalam situasi yang sama mesti faham, bukan senang nak keluar. Sepatutnya saya rancang untuk fail cerai pada Februari.
Tapi kita hanya mampu merancang. Kejadian abuse berlaku pada bulan Mei, saya kumpul duit, buat business dan akhirnya pada 26 November lalu, saya berjaya keluar dari rumah dia.
Terdahulu, Zahnita ada memuat naik foto memaparkan wajahnya lebam seakan ditumbuk di Instagram sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bukan Mudah Berdepan Orang Narsistik, Susah Untuk Lari Dari Keadaan Itu” – Zahnita Wilson first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments