#Hiburan: 2 Penumpang Terselamat & Lebih 170 Terkorban, Pihak Jeju Air Mohon Maaf

Susulan berlakunya nahas kapal terbang terhempas yang menimpa Jeju Air pada Ahad, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo dan pihak kerajaan akan menggerakkan segala sumber bagi memastikan operasi menyelamat berjalan dengan cepat.

Menteri pengangkutan akan bertanggungjawab

Bahkan, selaku menteri yang bertanggungjawab memantau hal-hal ehwal berkaitan penerbangan, dia memohon maaf serta mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas kapal terbang terhempas serta orang awam.

Advertisement

jeju air terhempas

Sang-woo menambah, dirinya serta pihak lain akan menyiasat punca nahas ini boleh berlaku.

Pihak Jeju Air mohon maaf, akan bantu sedaya upaya

Dalam pada masa yang sama, pihak penerbangan tambang murah Jeju Air juga tampil memohon maaf atas insiden maut melibatkan kapal terbang miliknya yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

jeju air terhempas

Kami di Jeju Air akan melakukan segala yang terdaya sebagai respons kepada nahas ini. Kami memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan.

Difahamkan, hanya dua orang penumpang pesawat berkenaan terselamat dalam insiden kapal terbang terhempas ini, manakala lebih 170 dipercayai terkorban.

11 months ago

Society Of The Snow: Kisah 'Survivor' Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji

The post 2 Penumpang Terselamat & Lebih 170 Terkorban, Pihak Jeju Air Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments