#Hiburan: “Bab Meninggal Dunia Ni Bukan Perniagaan Tapi Fardu Kifayah” – Noorkhiriah Tawar Bantuan Jika Berdepan Masalah Melibatkan Jenazah ‘Ditahan’

Pelakon, Noorkhiriah memberitahu dia sedia menghulurkan bantuan jika ada mana-mana individu yang berdepan dengan masalah menguruskan jenazah menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan olehnya.

Menurut Astro Gempak, pelakon itu berkata dia menawarkan perkhidmatan secara percuma bagi individu yang memerlukan dan dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai bagi memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

Advertisement

noorkhiriah

 

Assalamualaikum, minta maaf dulu takut salah tulis. Soal tahan-tahan jenazah, scam jenazah tak boleh bawa keluar ini saya nak beritahu andai terjadi pada korang marilah cari Pertubuhan Amal Nur By Khiriah.

 

Percuma dari A sampai Z (seluruhnya). Baru-baru ini ada kes jenazah kena tahan. Alhamdulillah duit sumbangan korang itulah pihak saya guna. Besar pahala korang.

Noorkhiriah Ahmad Shapie turut menjelaskan isu kematian ini bukan dianggap sebagai satu perniagaan sebaliknya ia merupakan fardu kifayah.

Bab meninggal dunia ni bukan perniagaan tetapi fardu kifayah. Nak cakap lebih saya pun tak tahu, tapi nak pesan pertubuhan ini percuma untuk semua tak kira bangsa selagi beragama Islam.

noorkhiriah

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang memberikan sumbangan dan memohon doa agar usaha yang dilakukan oleh pasukannya akan berjalan lancar.

Meninggal dunia sakit apa pun team kita akan bantu. Kita bersaudara, terima kasih kepada yang menyumbang seikhlas hati semampu dan seadanya.

8 months ago

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia, Hanya Kerana... - "Akak Hidup Lagi Dik. Baru 5 Hari, Kau Dah 'Arwah' Kan Akak"

The post “Bab Meninggal Dunia Ni Bukan Perniagaan Tapi Fardu Kifayah” – Noorkhiriah Tawar Bantuan Jika Berdepan Masalah Melibatkan Jenazah ‘Ditahan’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments