Siasatan yang berhubung dengan kes pelawak, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, yang ditahan berkaitan kes ganja dilakukan dengan telus dan mengikut peruntukan undang-undang.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah menahan pelawak terbabit pada 14 Disember yang lalu.
Pihak polis telah menjalankan siasatan secara telus dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Pada 19 Disember (Khamis), kertas siasatan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 6 dan boleh dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Sinar Harian, dia turut berkata pelawak tersebut telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan pada Jumaat lalu.
Jelasnya, pihak polis menegaskan bahawa dakwaan yang tidak disahkan boleh berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Diingatkan orang ramai agar tidak menyebar kandungan yang tidak sahih.
Sasikala Devi berkata demikian ekoran dakwaan isteri kepada Along Cham yang mengatakan dia dipaksa oleh salah seorang anggota polis supaya menukar kenyataan yang diberikan dalam laporan berhubung penangkapan suaminya.
The post “Jangan Sebar Kandungan Tidak Sahih” – Polis Tegaskan Siasatan Kes Along Cham Telus, Ikut Peruntukan Undang-Undang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments