#Hiburan: “Semalam Tak Boleh Tidur, Terima Kasih Banyak Banyak” – Doktor Gigi Bantu Pesakit Pekak & Bisu, Tulis Panjang Lebar Atas Kertas Untuk Komunikasi

Seorang doktor gigi di sebuah klinik swasta di Terengganu itu menceritakan pengalamannya ketika merawat salah seorang pesakit baru-baru ini yang datang ‘walk in’ untuk mendapatkan perkhidmatan mencabut gigi.

Menerusi temu bual bersamanya, Dr Tengku Hazirah menceritakan kisah menyentuh hati di mana dia berkongsi pengalaman pertama merawat pesakit berstatus kelainan upaya tanpa menggunakan bahasa isyarat.

Advertisement

Pesakit tu datang nak cabut gigi sebab sakit. Pada mulanya dia guna bahasa isyarat di kaunter tapi staf tak faham.

doktor gigi komunikasi dengan pesakit pekak bisu dengan kertas

Menyantuni pesakit istimewa itu, staf dan doktor mengambil inisiatif untuk menulis di atas kertas agar dapat berkomunikasi dengannya dan dia pula membalas dengan menaip ayat di telefon bimbitnya.

Apabila tiba giliran pesakit itu, Tengku Hazirah juga menggunakan pen dan kerta untuk menerangkan keadaan gigi dan prosedur yang perlu dilakukan.

“Saya Dr Hazira. Boleh saya tahu sakit belah mana? Saya check dulu keadaan gigi. Saya nak ketuk gigi nanti kalau ada sakit angkat tangan,” tulisnya di kertas.

doktor gigi komunikasi dengan pesakit pekak bisu dengan kertas

doktor gigi komunikasi dengan pesakit pekak bisu dengan kertas

Dia kemudian menerangkan tentang jangkitan di giginya dan pesakit tersebut mengangguk tanda setuju untuk meneruskan prosedur mencabut gigi.

Selepas 10 ke 15 minit, gigi pesakit terbabit berjaya dicabut keluar dan dia sangat terharu serta berterima kasih kepada doktor berkenaan kerana bersungguh untuk membantu sehingga sanggup menulis panjang ketika memberi penerangan.

doktor gigi komunikasi dengan pesakit pekak bisu dengan kertas

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

8 months ago

"Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus.." - Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi

The post “Semalam Tak Boleh Tidur, Terima Kasih Banyak Banyak” – Doktor Gigi Bantu Pesakit Pekak & Bisu, Tulis Panjang Lebar Atas Kertas Untuk Komunikasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments