#Hiburan: Haris Alif Didakwa Ucap ‘I Love You’ Kepada Wanita Lain, Netizen Beri Teguran – “Dalam ‘Game’ Pun Tetap Salah”

Nama pelakon dan penyanyi, Harris Alif menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa berkelakuan kurang sopan ketika menghasilkan kandungan permainan atas talian.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mendakwa aktor tersebut mengucapkan kata-kata berunsur romantik kepada wanita lain meskipun berstatus suami kepada aktres Intan Ladyana.

Advertisement

“Lelaki yang merupakan suami kepada Intan Ladyana itu, memang langsung tiada common sense apabila menghasilkan kandungan permainan GTA dengan dialog ‘I love you’ bersama perempuan lain.”

Individu terbabit turut berpendapat bahawa walaupun kandungan tersebut sekadar permainan, namun tindakan berkenaan dianggap tidak wajar dan melampaui batas.

haris alif

“Walaupun sekadar permainan, perbuatan itu jelas menunjukkan seolah-olah berlaku kecurangan. Sesiapa yang menganggap perkara ini sebagai normal, tolonglah fikir semula dengan waras.”

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati terdapat beberapa individu lain yang mendakwa situasi sama pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Harris Alif bagi menjelaskan dakwaan yang tular tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-19 11:10:24

Menumpang Stesen Minyak, Kehidupan Terkini Nonny Nadirah Jadi Tumpuan Peminat - "Kesian Tengok Dia.." "

The post Haris Alif Didakwa Ucap ‘I Love You’ Kepada Wanita Lain, Netizen Beri Teguran – “Dalam ‘Game’ Pun Tetap Salah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments