#Hiburan: Gara-Gara Persoal Hubungan Aslam Dan Marissa, Umisya Mazlan Pernah Diceraikan Secara Taklik

Madu kepada Marissa Dania, Umisya Mazlan tampil mendedahkan bahawa dia pernah bercerai secara taklik bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen sebelum ini.

Maklum Umisya, dia dan suami, Aslam bercerai seketika adalah berpunca daripada pelanggaran taklik yang melarangnya daripada terus bercakap mengenai hubungan Aslam dan Marissa.

Advertisement

Umisya

Disini saya perbetulkan, saya pernah bercerai dengan suami sebelum mereka berkahwin.

Lafaz taklik berlaku apabila Aslam pernah menyebut “kalau kau bercakap fasal ini lagi kita bercerai”. Oleh sebab saya melanggar taklik itu, maka kami berpisah.

Bukan disebabkan hal-hal lain atapun diceraikan seperti yang diperkatakan di media sosial.

Umisya dalam pada itu turut berkata dia pernah menentang keras perkahwinan tersebut dan berhasrat untuk berpisah namun berubah selepas berbincang dengan ahli keluarga mentua.

Berikutan itu, dia menerima poligami tersebut dan reda dengan ketentuan hidupnya.

Perkahwinan pasangan ini sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu poligami serta dakwaan melibatkan pihak ketiga yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Perkembangan tersebut sekali gus mengundang perhatian umum terhadap status sebenar hubungan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-31 11:55:33

Abby Abadi Didakwa Salahkan Aslam Semata, Netizen 'Petik' Nama Norman Hakim - "Ayah Tiri Lagi 'Function'"

The post Gara-Gara Persoal Hubungan Aslam Dan Marissa, Umisya Mazlan Pernah Diceraikan Secara Taklik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments