Disebabkan dapat sambutan yang cukup padu, KJ dan Shahril kembali lagi beraksi di dapur dalam segmen Kuali Sekejap bersama chef selebriti terkenal, Chef Anis Nabilah.
Segmen yang dulunya dikenali sebagai Masak Sekejap, kini ‘rebrand’ menjadi Kuali Sekejap atas cadangan penonton setia sebab ia lebih kena dengan jenama KS itu sendiri tau. Bijak siapa yang cadangkan tu!
Anyway, baru episod pertama Shahril dah kena ‘tegur’ dengan Chef Anis, betul ke? Kalau nak tahu, meh sini kami kongsikan.
Chef Anis Kongsi Tips Buat Mereka Yang Jarang Masuk Dapur

Sebelum itu, untuk episod pertama ini, Shahril dan Chef Anis menyediakan hidangan cukup menyelerakan iaitu, Nasi Goreng Ulam, yang turut disajikan bersama Udang Goreng Tepung Rangup.
Dalam pada mereka sibuk memasak, Chef Anis sempat berkongsi tips berguna, khas buat mereka yang jarang masuk ke dapur tau.
Tak dinafikan, kebanyakan orang tak berani cuba untuk memasak sebab takut rasa hidangan kurang menyelerakan.
Jadi, menurut Chef Anis, untuk memastikan masakan itu rasa lebih seimbang, tak terlalu kuat dan tak terlalu tawar, anda perlu perasakan masakan dalam beberapa peringkat. Sila take note ya!
Selain itu, dekat dapur juga perlu ada bahan-bahan penyelamat tau. Contohnya seperti Bestari! Haa, siapa je yang tak kenal dengan jenama ini betul tak?
Jenama yang tidak asing lagi di dalam dapur mak-mak seluruh Malaysia ini bukan saja dapat menjimatkan masa, malah ia juga sangat berguna lagi-lagi untuk memastikan rasa hidangan itu lengkap!
Macam dalam episod ini, Chef Anis menggunakan dua bahan daripada Bestari iaitu Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Rempah Kaw Kaw Pedas dan serbuk perasa Goreng Goreng Kampung.
Kata Chef Anis, serbuk perasa Goreng Goreng Kampung ini lengkap dengan pelbagai bahan, dan boleh digunakan untuk semua jenis masakan bergoreng seperti nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, dan lain-lain.
Paling penting, dengan adanya bahan-bahan daripada Bestari ini, anda boleh jimat lebih banyak masa tau.
“Kalau tak ada ni, kena tambah lagi 15 minit tau!” – kata Chef Anis.
Nak tahu apa terjadi sepanjang proses mereka memasak dua hidangan ini, adakah Shahril betul-betul kena marah dengan Chef Anis, tonton episod penuh di laman YouTube rasmi Keluar Sekejap Lagi.
Dengan Bestari, Semuanya Mudah & Menyelerakan!
Untuk pengetahuan, segmen Kuali Sekejap ini berkolaborasi bersama Bestari, di mana pelbagai resepi menggunakan Bestari akan dikongsikan kepada anda semua.
Jadi, kalau anda nak tahu apakah hidangan-hidangan seterusnya, dan bagaimanakah Shahril dan KJ beraksi di dapur, pastikan anda stay tuned dan ikuti segmen Kuali Sekejap di Facebook, Instagram dan YouTube!
The post “Peranan Saya Hanyalah Memberi Ulasan” – Shahril ‘Merajuk’ Chef Anis Bertegas Di Dapur? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments