#Hiburan: Anak Eyra Hazali, Hayder Dipuji Lancar Baca Surah Ad-Dhuha Pada Usia 6 Tahun

Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian ramai selepas video dirinya membaca surah Ad-Dhuha tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @kinderlive.hq, Hayder dilihat membaca surah tersebut dengan lancar ketika menyertai program Nuzul Al-Quran beberapa hari lalu.

Advertisement

Lebih menarik perhatian, Hayder yang baru berusia enam tahun dilihat seolah-olah sudah menghafal surah tersebut kerana tidak melihat al-Quran yang dibuka di hadapannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bangga serta memuji kebolehan Hayder mengaji al-Quran pada usia yang masih kecil.

Untuk rekod, Hayder merupakan anak sulung Eyra Hazali bersama penjaga gol Kuching City FC, Haziq Nazli.

Selain Hayder, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2019 itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mamat sepah
2026-03-12 15:49:41

Mamat Sepah Dikecam Selepas Muat Naik Video Isu Berbuka Puasa - "Nampak Tak Cerdik"

The post Anak Eyra Hazali, Hayder Dipuji Lancar Baca Surah Ad-Dhuha Pada Usia 6 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments