#Hiburan: Tragedi FRU: Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan

Difahamkan melalui laporan Sinar Harian, pemandu lori muatan batu yang menjadi punca kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa kembali ke penjara selepas gagal membayar wang jaminan sebanyak RM6000 yang telah ditetapkan oleh Mahkmah Majistret.

anggota fru meninggal dunia

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, pemandu lori yang bernama Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sebelum dirinya dipindahkan ke penjara sekiranya jaminan tidak dijelaskan.

Tertuduh ada beritahu yang majikan akan bantu bayar, tetapi setakat ini belum lagi.

anggota FRU terkorban

Pemandu lori berkenaan didakwa telah memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian kepada  S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28; di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik dalam daerah Hilir Perak, lebih kurang jam 9.05 pagi pada 13 Mei lalu.

22 hours ago

"Kami Bertindih-Tindih, Rakan-Rakan Longlai Tak Bersuara" - Koperal Kongsi Detik Selepas Nahas FRU

The post Tragedi FRU: Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments