#Hiburan: Muat Naik Foto Isteri Berpakaian Ketat, Ryzal Ibrahim Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati..”

Pempengaruh media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik foto isterinya, Maryam You Narae, yang dilihat mengenakan pakaian ketat ketika sedang brisk walk. Gambar tersebut dikongsi di akaun Instagram miliknya dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut.

Namun, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim tidak mudah melatah dengan teguran yang diterima. Sebaliknya, dia memilih untuk bersikap terbuka dan menghargai setiap pandangan yang diberikan oleh netizen.

Advertisement

ryzal ibrahim maryam

Mungkin ada betul kata mereka itu, apapun saya terima teguran dengan hati yang terbuka.

Memetik laporan Mstar, Ryzal turut berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuat naik sebarang gambar yang melibatkan isterinya di media sosial.

Lepas ni saya akan lebih berhati-hati bila muat naik gambar isteri.

ryzal ibrahim maryam

Sebelum ini, foto yang dimuat naik Ryzal ketika melakukan aktiviti riadah bersama isteri dan anak sulungnya mendapat perhatian ramai kerana netizen berpendapat pakaian sukan yang dipakai oleh Maryam terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej sebagai seorang Muslimah.

Oleh itu, orang ramai menasihati Ryzal agar lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial yang melibatkan aurat isterinya.

3 days ago

Akaun IG Dedah Restoran K Garden Bukan Milik Duriankimchi Sepenuhnya - "Tiada Sijil Halal, Bukan Muslim Owned"

The post Muat Naik Foto Isteri Berpakaian Ketat, Ryzal Ibrahim Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments