#Hiburan: Ramai Orang Luar Pilih Malaysia Sebagai Negara Untuk Bersara, Netizen Bimbang Jadi Macam Bali

Baru-baru ini, melalui platform X, tular satu hantaran memaparkan seorang netizen Malaysia berkongsikan tangkap layar memperlihatkan warga asing yang berhasrat untuk menetap serta bersara di Malaysia dengan menyertai program MM2H.

Netizen tak suka ramai warga luar nak bersara di Malaysia

Susulan mahu membuat sedemikian, ramai warganegara yang meluahkan rasa risau akan berlakunya kenaikan harga rumah yang drastik, sekaligus ‘menghancurkan’ impian warga tempatan untuk memiliki kediaman sendiri, lagi-lagi di kawasan bandar.

Advertisement

Ini kerana, dengan kehadiran expat, ia akan membuatkan permintaan rumah yang lebih tinggi dan mereka juga berkemampuan untuk membeli rumah yang lebih mahal.

Dalam pada itu, terdapat juga kemungkinan harga barangan tempatan akan naik mendadak susulan warga asing mempunyai kekuatan duit USD.

Bimbang Malaysia akan jadi seperti Bali

Disebabkan perkara ini, ramai merasakan Malaysia bakal menjadi seperti Bali, di mana negara akan dipenuhi dengan warga asing yang bekerjaya sebagai digital nomad.

Perkara ini dikatakan sudah terbukti berlaku di Bali, di mana dengan kehadiran expat di negara tersebut, kos sara hidup serta kadar hartanah dan sewa juga terjejas buat penduduk tempatan.

Bahkan, pemilik hartanah akan lebih cenderung untuk menaikkan kadar sewaan rumah serta memberi keutamaan buat warga luar kerana merasakan mereka lebih berkemampuan berbanding orang tempatan.

4 days ago

Kena Bayar Untuk Masuk? Jangan Sampai Tertipu, Ini Peringatan Penting Sebelum Isi Borang Ketibaan Thailand

The post Ramai Orang Luar Pilih Malaysia Sebagai Negara Untuk Bersara, Netizen Bimbang Jadi Macam Bali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments