Belum genap sebulan selepas kembali rujuk, pasangan pempengaruh terkenal iaitu Siti Jamumall dan suaminya ‘Aiman Tak Kisah’ telah bercerai buat kali kedua.
Lafaz cerai itu telah dilakukan oleh Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, menerusi satu siaran langsung di platform TikTok yang dibuat oleh Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26.
Berlaku perselisihan faham
Menerusi video lain yang juga tular di TikTok, ia memaparkan Siti yang sedang menjual produknya menangis teresak-esak sebelum meminta Aiman untuk keluar daripada bilik.
Pergaduhan di antara pasangan itu didakwa berpunca daripada Aiman.
Kata-kata awak menyakitkan hati saya. Awak buat rumah ni macam hotel, balik pun satu atau dua jam saja.
Berlaku keganasan rumah tangga
Kemelut itu tidak terhenti disitu apabila Siti turut mendakwa berlakunya keganasan rumah tangga.
Saya dah jadi takut dengan awak. Awak tahu apa jadi, kita dah sampai kes polis sebab awak pukul saya.
@syaz_hanny_beey #ibuhamil Allahuakbar.. kebetulah xsedap hati nk record …dh la tgh mengandung…shaking dia semoga tabah….. #akalpendek #sitijamumall #perempuanhebat ♬ original sound –
H@N€€¥
B€€¥
Di akhir sesi siaran langsung, Aiman kemudiannya seakan mengakui berlakunya keganasan rumah tangga sebelum dia bertindak melafazkan cerai terhadap Siti.
Okay iya saya pukul awak, biar mahkamah uruskan. Kan awak dah hantar saya ke balai polis dan saya dah kena. Jadi, sekarang ni untuk mengelakkan berlakunya lagi keganasan rumah tangga.
Kalau dulu saya pukul awak, sekarang saya taknak pukul awak dah. Saya akan keluar rumah ambil semula maruah saya yang dipijak-pijak.
Sekarang awak nak buka semua benda pasa saya kan? Semua jadi saksi ya. Saya ceraikan Siti Suriani Wahiddin dengan talak dua. Kita jumpa di mahkamah.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments