#Hiburan: Netizen Pertikai Kesahihan Cerita Pocong Cikgu Nina, Perawat Tampil Sahkan Arwah Pernah Minta Tolong

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang seorang guru wanita yang sudah meninggal dunia yang dikenali sebagai Cikgu Nina yang mendakwa dia pernah tinggal serumah dengan makhluk misteri yang dikenali sebagai pocong.

Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mula mempertikai kesahihan cerita berkenaan kerana menurut mereka identiti arwah tidak pernah didedahkan secara rasmi. Malah, ada juga yang mendakwa gambar kubur yang tular dipercayai dari Google dan bukan kubur sebenar.

Advertisement

gambar kubur google

Disaat orang ramai sibuk mempertikai, Mingguan Wanita melaporkan seorang perawat spiritual mengesahkan bahawa arwah benar-benar mencari rawatan ketika dirinya sedang dalam keadaan tertekan dengan apa yang dilaluinya.

Ada dihubungi oleh beliau tapi tak sempat bantu beliau.

perawat sahkan cikgu nina minta tolong

Pengesahan itu membuka mata ramai kerana tidak mungkin seseorang yang mereka sesuatu cerita akan sanggup menghubungi perawat meminta pertolongan untuk mengubati dirinya.

Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh keluarga atau mana-mana pihak berkuasa tentang kesahihan kematian arwah.

22 hours ago

Tular Kisah Wanita Didakwa Meninggal Dunia Selepas Kongsi 'Housemate' Pocong, Rupanya Semua Rekaan? - "Jumpa Gambar Kubur Kat Google"

The post Netizen Pertikai Kesahihan Cerita Pocong Cikgu Nina, Perawat Tampil Sahkan Arwah Pernah Minta Tolong first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments