#Hiburan: “Ni Fighter Ke Gangster?” – Tular Video Pertandingan WWC Championship Malaysia Melibatkan Kanak-Kanak

Tular di media sosial rakaman pertandingan WWC Championship Malaysia yang mencetuskan perdebatan hangat apabila menampilkan kanak-kanak menyertai perlawanan Mixed Martial Arts (MMA) dalam acara tersebut.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Threads, menarik perhatian ramai selepas segelintir warganet menyuarakan kebimbangan terhadap sikap dan keselamatan peserta muda yang dilihat belum bersedia untuk bertanding dalam perlawanan sebenar.

Advertisement

Kids shouldn’t join this kind of event with this kind of attitude. Not sure how the parents support this. Don’t sacrifice your child just for the content. Enroll him in amateur boxing training first, don’t go into this kind of boxing competition at such young age.

Selain isu keselamatan, ramai turut menegaskan bahawa kanak-kanak perlu diajar nilai hormat dan semangat kesukanan sebelum menyertai sebarang pertandingan.

mma

They need to learn respect, respect others. RESPECT THE SPORTS.

Antara yang turut bersuara ialah Jojo Ghazali, yang dikenali dalam komuniti sukan tempatan, menegur trend segelintir pihak yang menjadikan sukan tempur sebagai alat untuk meraih perhatian semata-mata.

Ini la yang Jojo Ghazali tak suka. They only do this for clout and money. Not for the sport pun.

Rata-rata pengguna bersetuju bahawa boksing memerlukan latihan intensif dan disiplin tinggi, bukan sekadar kandungan hiburan untuk media sosial. Ramai menyeru agar penganjur lebih bertanggungjawab dan ibu bapa lebih peka terhadap penyertaan anak-anak dalam sukan berisiko tinggi seperti ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-01 20:21:30

"Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah" - Bekas Suami Nora Danish

The post “Ni Fighter Ke Gangster?” – Tular Video Pertandingan WWC Championship Malaysia Melibatkan Kanak-Kanak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments