Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith tampil memberi respon mengenai video yang tular di mana memaparkan bekas suaminya, Dr Munzir Shokri sedang makan bersama seorang pelakon wanita.
Ujar Puteri Zarith, dia tidak ambil tahu mengenai hubungan yang terjalin antara bekas suaminya itu bersama pelakon wanita berkenaan.
Hubungan saya dengan bekas suami masih baik. Kami berhubung setiap hari cuma untuk urusan anak-anak, tidak lebih daripada itu.
Ujarnya lagi ketika ditemui media, dia sudah ‘move on’ dan enggan lagi menoleh ke belakang.
Saya doakan saja yang terbaik untuk mereka. Kalau boleh, move on lah. Kita ni bukannya muda lagi.
Hubungan saya dengan dia (pelakon wanita) memang sudah tidak wujud lagi. Saya dah buang dan lepaskan semua jauh-jauh.

Sebagai orang Islam, saya tidak mahu memutuskan silaturahim tetapi saya tidak mahu bergaduh dan mungkin juga tidak akan berkawan seperti dahulu.
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pelakon wanita popular dan Dr Munzir sedang ‘dinner’ bersama rakan-rakan.
Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 sebelum bercerai pada Ogos tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Move On Lah, Tak Akan Berkawan Dah” – Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita, Puteri Zarith Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments