#Hiburan: Keluarga Fatin Ditahan Reman, Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang, Cermin Kereta Dipecahkan

Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul dan menyerang pempengaruh serta usahawan terkenal, Prince Syed, yang tular baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan semalam selepas laporan dibuat oleh pengadu berusia 33 tahun.

Advertisement

“Dia Buat Anak Makcik Macam Tikus Makmal” – Ibu Mentua Prince Syed Dakwa Anak Dan Cucu Dilarikan, Kini Kritikal Di Hospital

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada perselisihan faham dan pergaduhan antara keluarga isteri dengan pengadu.

Susulan itu, tiga lelaki dan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, membuat laporan polis di Balai Polis Klang selepas mendakwa diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah.

Difahamkan, suspek memukul kepala Prince Syed beberapa kali menggunakan topi keledar, menumbuk muka, mencakar tangannya hingga berdarah serta memecahkan cermin keretanya jenis Proton X70.

Kejadian dipercayai berpunca daripada konflik keluarga melibatkan isterinya, Fatin Syazwani, selepas tular video didakwa ibu mentua Prince Syed yang menuduh menantunya melarikan anak dan cucu, selain mendakwa memaksa Fatin menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan promosi produk pelangsingan badan.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut dan pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan. – KOSMO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-02 19:49:53

"Dia Buat Anak Makcik Macam Tikus Makmal" - Ibu Mentua Prince Syed Dakwa Anak Dan Cucu Dilarikan, Kini Kritikal Di Hospital

The post Keluarga Fatin Ditahan Reman, Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang, Cermin Kereta Dipecahkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments