Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% : Senyum simpul Pembantu Tadbir kerana naik gaji lagi andai desakan dan tuntutan Cuepacs menjadi realiti. Hakikatnya, sekarang ini sememangnya gaji penjawat awam yang ada sekarang ni tidak relevan lagi memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Walaubagaimanapun saranan..Berita Semasa tunaikan & selesaikan terlebih dahulu perkara-perkara yang belum terjawab seperti elaun ITP dsb.
Desakan Cuepacs : Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% (Gaji Minimum)
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya gaji penjawat awam 2014 naik 30% (gaji minimum) sebanyak 30 peratus.
Presidennya, Azih Muda berkata, cadangan ini seiring dengan kenaikan harga barang memberi tekanan hidup kepada kakitangan awam berjawatan rendah. Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah wajar memandangkan gaji minimum sekarang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya gaji penjawat awam 2014 naik 30% (gaji minimum) sebanyak 30 peratus.
Presidennya, Azih Muda berkata, cadangan ini seiring dengan kenaikan harga barang memberi tekanan hidup kepada kakitangan awam berjawatan rendah. Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah wajar memandangkan gaji minimum sekarang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan.
- Kenaikan harga barang memberikan tekanan kepada rakyat terutama penjawat awam berpendapatan rendah
- Kenaikan gaji penjawat awam 2014 naik (gaji minimum) kepada RM1,200 daripada RM900 sebulan membantu penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat
- Kenaikan gaji penjawat awam naik (gaji minimum) itu perlu dilakukan segera kerana mereka adalah tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan.
Sumber : Utusan Malaysia
Rasanya perjuangan untuk cola dan imbuhan tetap perumahan lebih patut diutamakan dulu, isu ini sudah terlalu lama, tetapi sampai sekarang belum ada penyelesaian. Dalam pada masa yang sama, kenaikan pangkat ikut time base pun sudah menjadi semakin sukar. Masalah tangga gaji pun tidak diperbetulkan lagi, haru biru. Dibiarkan tiada pembelaan.
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa selama ini ada banyak isu-isu yang berkaitan :
- SST : Mansuh SSM dan diganti dgn SST tetapi sama juga nasibnya hingga hari ini tiada tanda-tanda ia akan menjadi realiti
- COLA
- ELAUN RUMAH
- 83 SKIM TAMBAH BAIK
- KPSL/PTK : Hapus PTK dengan alasan mahu digantikan dengan sistem baru tetapi hingga saat ini langsung tiada berita mengenainya
- KADAR INTERES RUMAH 1%
- UMRAH CUTI
- PENGELUARAN SAGUHATI SEBELUM BERSARA
- ITK
- Ada yang anda mahu tambah?
Sekadar nasihat kepada Presiden Cuepacs baru, selesaikan apa yang lalu terlebih dahulu banyak yang tertangguh masih belum selesai. Fikir-fikirkan.
P/S : Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik bagi gaji minimum baik sebenarnya tetapi utamakan yang dikehendakkan majoriti penjawat awam di Malaysia. Takut nanti, barat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sumber Penuh : http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-penjawat-awam-2014-naik#more-53615
0 Comments