Kuala Lumpur, 24 Dec: Kerajaan dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global.
Menurut kenyataan itu juga, pelaksanaan itu didatangkan dengan penetapan harga syiling iaitu RM2.20 bagi petrol RON95 dan RM 2.18 bagi diesel. Ini bermakna pengguna akan tetap menikmati RON95 pada harga RM2.20 dan diesel pada harga RM2.18 biarpun harga minyak dunia melambung tinggi.
Sekiranya berlaku penurun pada harga minyak mentah dunia, harga RON95 dan diesel akan diselaraskan mengikut Automatic Pricing Mechanism (APM) setiap minggu yang bermakna pengguna akan menikmati harga petrol dan diesel yang lebih rendah dengan lebih cepat.
Pengekalan harga syiling petrol ini akan diteruskan sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019, kata kenyataan tersebut.
Baca kenyataan penuh dibawah:
0 Comments