Sejak 21 May 2014, pengguna simkad Prepaid Celcom telah
mengalami satu gangguan server internet. Malah pada 22 May 2014 adalah hari yang lebih teruk di mana pengguna internet Celcom telah gagal untuk
membuat pembelian data internet.
Ada yang GAGAL untuk menghantar SMS belian data
internet. Yang lebih teruk, ada yang dikatakan BERJAYA. Tetapi, bila
semakan dibuat, Celcom telah menghantar SMS mengatakan pengguna tidak
melanggan apa-apa data internet. Lebih malang lagi, nilai kredit TELAH
DITOLAK. Kes berat nih.
SEBAB APA FENOMENA INI BERLAKU??
Saya telah mendapat info secara TIDAK RASMI menyatakan
bahawa Celcom sedang meng’UPGRADE’ sistem dan server internet mereka.
Nak upgrade apa lagi?? Kan dah 4G??
Memang betul. Setahu saya, khidmat internet tergendala suatu
ketika dahulu adalah sebab proses nak upgrade ke 4G.
TETAPI, apa yang menyebabkan sistem sekali lagi tergendala
adalah kerana CELCOM NAK BLOCK UNLIMITED INTERNET.
Bila saya kaji, sekarang ni simkad Celcom XMan sedang
hangat dijual dan mendapat permintaan tinggi!!! Syabas kepada semua seller dan
reseller simkad tersebut. Namun, seperti yang saya selalu sebut. Perkara ini
akan ada repeatation atau ulangan. Simkad yang UNLIMITED pasti kena BLOCK.
Bezanya lambat atau cepat. Dan untuk simkad Celcom XMan, kemungkinan besar
inilah masanya ia akan diBLOCK.
Sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan.
InsyaAllah saya akan kongsikan sekiranya saya ada berjumpa dengan ‘orang’
tertentu yang terpaksa dirahsiakan identiti beliau.
Berdoalah agar berita awal yang diterima ini tidak tepat.
Tetapi, jika benar jangan pula anda SALAHKAN seller atau reseller.
Kemungkinan mereka jua teraniaya. Sama-sama nak UNLIMITED. Sesuatu yang dicipta
secara tidak sah pasti akan disekat oleh pihak berkenaan.
Sumber : http://izwanisaac.com/wp/it-gadget/server-celcom-tergendala-usaha-sekat-unlimited-internet/#more-731
1 Comments
betul ke nie..???
ReplyDelete