Seakan memberi bayangan bahawa wujud orang di sekelilingnya yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang kawan, pelakon Norish Karman merasakan seperti ada wanita yang cuba mengelak daripada dekat dengannya kerana bimbang dengan statusnya sebagai seorang janda.

Ujar Norish lagi, beliau turut mendedahkan kebanyakan wanita kini mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain biarpun berstatus isteri orang.
“Sebab ada lakilah korang boleh kaut duit buat bisnes, ada lakilah boleh yak yak yeah (bergembira) sana sini macam keluarga bahagia sampai syurga. Padahal tak bahagia, masing-masing ada extra affair (hubungan sulit), tapi demi status demi kekayaan.”
Kata Norish, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau sendiri mengakui langsung tidak pernah ambil pusing soal mahu mendirikan rumah tangga semula selepas bergelar ibu tunggal.

“Agak-agaklah, janda pun ada taste (selera). Aku baru 46 tahun, bukan 96 tahun. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kahwin aku maa. Tetapi aku yang tak nak. Aku belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaanku.
Seakan sudah boleh dijangka, menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikutnya akui bukan mudah untuk seseorang wanita memegang status janda. Hal ini kerana banayk andaian buruk acap kali dilemparkan buat golongan ini.
Untuk rekod, Norish sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998. Namun hubungan yang dibina tidak berpanjangan selepas kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada Julai 2008.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

Maka yg konon kaya bergaul dgn yg have2 saje.. Yang konon ada pangkat bersosial dgn yg berstatus mewah dan berjaya saje… Yg kini ada business besar business hebat ada mentor la ada leader la bagai dah takde masa sbb ive nothing… Aku telah pilih utk tenggelamkanlah diri ku dalam lautan tasawuf yang akan membawa diri setiap individu mengecap kebahagiaan yang hakiki. Islam akan menjadi kuat apabila pendukungnya adalah mereka yang berjaya menundukkan hawa nafsu keduniianya . Islam akan kelihatan indah pada mukmin yang jiwanya terpancar rahasia makrifat . Allah tidak memandang fisik manusia . .maka dari itulah mari kita sama"melihat kedalam hati kita masing".. Kan sudah dipesan2 Bhw org yg bijak adalah org yg mengingati MaTi…. Bukan org2 yg menikmati Dunaiwi…. Kamu yg mane erk ???
0 Comments