Kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam tadi di Parlimen. – Foto Kosmo!
Perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul dibawanya.
Malah kata Dr Mahathir Mohamad beliau tidak menyalahkan anggota parlimen Sarawak yang mengambil pendirian berkecuali dan berkata, mereka ada hak untuk mengundi menolak,
Usul meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan itu membabitkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai negeri dalam negara ini.
Melalui fasal baru itu, perlembagaan akan memperincikan kedudukan semua negeri yang membentuk persekutan dan mengembalikan status negeri semasa pembentukan Malaysia pada 1963.
Bagaimanapun ketika undian dijalankan malam ini, kerajaan gagal mendapat sokongan dua per tiga anggota Dewan Rakyat seperti yang disyaratkan bagi meminda perlembagaan.
Keputusan undian menunjukkan 138 anggota parlimen menyokong dan 59 berkecuali. Tiada anggota parlimen yang mengundi untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Anggota parlimen yang mengambil sikap berkecuali ialah dari BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Untuk membolehkan rang undang-undang itu diluluskan PH memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 undi. – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…
DIKEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir
KLIK BACA: Komplot culik Najib, Zahid, Hisham dan Khairy, 2 bekas askar didapati bersalah.
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
The post Gagal pinda perlembagaan, Tun Mahathir tak salahkan MP Sarawak appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 Comments