#Hiburan: Banyak Mencarut Dan Buka Tudung, Netizen Tidak Faham Kenapa Ada Wanita Agungkan Zarina Anjoulie?

Bila sebut sahaja nama pelakon Zarina Anjoulie, beliau memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara. Tidak kisahlah mengenai isu apa sekalipun, pelbagai komen yang akan diberikan.

Sejak kebelakangan ini, Zarina rajin juga Live di Instagram tetapi entah kenapa kelakuannya cukup berbeza sekali.

 

Banyak mencarut, berbicara lucah dan ada kalanya memberikan komen yang agak melampau terhadap sesuatu isu. Malah, beliau juga kini sudah mula membuka tudung.

 

Rata-rata netizen tidak faham mengapa ada juga wanita yang terlalu mengagung-agungkan Zarina dan menganggapnya sebagai idola.

 

Apa-apa pun kami harap beliau okay sahaja dan mungkin boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : Forum CARI & Twitter


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments