Sejak beberapa hari lalu, viral video lucah seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino.

Baru sahaja berpeluang untuk menonton video panas tersebut, Aiman hari ini tampil menafikan bahawa lelaki didalam video itu adalah dirinya. Bukan sahaja bentuk badan tidak sama, malah latar belakang bilik itu juga berbeza dengan biliknya ketika ditemubual suatu ketika dahulu.
Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada ‘six pack’ seperti lelaki dalam video itu. Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil. Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu.

Saya tak pasti sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Ditanya adakah kontroversi terbabit sengaja dibangkitkan sebagai gimik untuk mempromosikan single terbarunya berjudul Terlerai Sebuah Janji, Aiman dengan tegas berkata beliau tidak akan pernah memalukan diri sendiri demi publisiti murahan.
Terdahulu, Aiman juga memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terus menyebar dan mengaut keuntungan menjual video panas tersebut. Apa yang berlaku diakui memberikan kesan terhadap diri Aiman dan mencalarkan imejnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments